Saturday, March 27, 2010

adab dengan kawan

renungkanlah.. adakah anda sahabat yg baik? adakah sahabat anda sahabat yg baik dan layak dijadikan sahabat. fikirkan lah :)

adab pergaulan dengan rakan

1-Mengenali hak persahabatan:

Apabila telah terjalin hubungan persahabtan itu,maka wajiblah ke atasmu
menunaikan beberapa hak persahabatan dan wajib juga dijaga adab2 dalm menunaikan hak2 itu.

Sabda Rasulullah SAW:



Ertinya: “Perumpamaan dua orng yng bersaudara itu ialah perumpamaan kedua belah tangan, di mana yng satu membasuh yang lain.”
(Hadis riwayat Abu Mansor Ad Dilami dalam musnad Firdaus)

Dan Nabi SAW pernah masuk ke dalm hutan lalu baginda dua batang kayu miswak yng satu bengkok dan yng satu lagi lurus. Dan adanya bersama2 Rasulullah SAW ketika itu beberapa sahabatnya. Kemudian,Rasulullah SAW memberikan kpd salah seorang sahabatnya kayu miswak yng lurus dan baginda menahan kayu miswak yng bengkok itu untuk kegunaan dirinya sendiri. Maka berkatalah sahabatnya itu,”Ya Rasulullah sebenarnya kau lebih berhak mengambil kayu miswak yng luus ini daripadaku.”

Lalu Rasulullah SAW berkata:



Ertinya:”Tidak ada seorang jua pun yng bersahabat dgn orng lain walaupun satu saat sahaja,kecuali dia akan ditanyai pada hari kiamat nanti tentang hak persahabatannya,apakah dia telah tunaikan padanya hak Allah atau tidak. ”


Dan sabda Rasulullah SAW lagi:



Ertinya:”Tidak bersahabat dua orng yng bersahabat kecuali yng lebih dicintai di sisi Allah ialah orang yng lebih lemah lembut dgn sahabatnya.”


2-Adab2 bersahabat

Seorang sahabat perlu menjaga adab2 terhadap sahabatnya,iaitu dengan dia:

1-Mengutamakan sahabat degn harta bendanya. Jikalau dia tidak mampu berbuat demikian ,maka sekurang-kurangnya hendaklah dia memberikan kepada sahabatnya apa2 yng lebih dari hajat dirinya.

2-Menolong sahabat dengan cara bersegera sebelum sahabatnya meminta tolong.

3-Menyembunyikan rahsia sahabatnya.

4-Menutup keaiban sahabatnya.

5-Berdiam daripada menyampaikan celaan orang lain terhadap sahabatnya.

6-Menyampaikan segala pujian daripada orang lain kepada sahabatnya.

7-Mendengar dengan baik akan perkataan sahabatnya ketika dia bercakap.

8-Meninggalkan perbalahan dgn sahabatnya.

9-Memanggil sahabatnya dgn nama yng sangat disukainya.

10-Memuji sahabatnya dgn apa yng diketahui daprd kebaikannya.

11-Berterima kasih pada sahabatnya atas sebarang kebaikannya.

12-Menegah orang lain yng ingain mengumpat sahabatnya seperti dia membela dirinya sendiri.

13-Menggunakan bahasa yng lemah lembut dan halus apabila dia ingin menasihati sahabatnya.

14-Memaafkan segala kesilapan dan kesalahan sahabatnya,maka janganlah dia mencelanya.

15-Mendoakan sahabatnya ketika dia duduk bersendirian,ketika sahabatnya itu masih hidup atau pun setelah dia meninggal dunia.

16-Mengekalkan kecintaan terhadap keluarga sahabatnya selepas daripada kematiannya.

17-Jangan suka memberatkan sahabatnya dgn bebanan dan tanggungjawab, bahkan hendaklah dia meringankannya supaya sahabatnya besenang hati.

18-Menyatakan rasa kesukaan dgn segala yng menyukakan hati sahabatnya dan juga menyatakan rasa kesusahan pada segala yng menyusahkan hati sahabatnya.

19-Menyamakan hakikat kecintaan yng wujud di dalam hati dgn apa yng nmpk di luar,maka dgn itu barulah kecintaan itu dianggap benar.

20-Memulakan memberi salam ketika dia menemui sahabatnya.

21-Meluaskan tempat duduknya ntuk sahabatnya ketika di majlis dan hendaklah dia berpindah dari tempat duduknya itu ke tempat yng lain jika dia tak dapat berbuat demikian.

22-Hendaklah dia bangun menghantakan sahabatnya itu (sehingga samapai ke pintu rumahnya) ketika sahabatnya itu keluar dari rumahnya.

23-Hendaklah dia berdiam diri ketika sahabatnya bercakap2 sehinggga dia selesai dari percakapannya an janganlah dia suka mencelah ketika sahabatnya sedang bercakap-cakap.

Ringkasnya,hendaklah seorang sahabat itu bermuamalah – atau bergaul dgn sahabatnya dgn cara yng dia sukai jika orng lain bermuamalah dgnnya. Maka,jika sesiapa yng tidak mencintai sahabatnya akan sesuatu yng ia cintai bagi dirinya sendiri,maka persahabatab itu masih tidak ikhlas dan mempunyai anasir2 munafik dan persahabatan itu akan membawa kepada kebinasaan di dunia dan di akhirat. Inilah adab2 yng mesti kau jaga pada hak saudaramu yng kau gelarkan sahabat.

0 comments:

Post a Comment